Wednesday, June 30, 2010

Mahmudah n Mazmumah

Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar kelakuan dan tingkahlaku yang mulia seperti suka menderma.

Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina seperti suka makan rasuah.

Tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka membantu orang ramai, merendah diri dan lain-lain.

Tingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang, sombong diri dan lain-lain.

Kedua-duanya berpunca dari dua sifat di atas iaitu Mahmudah dan Mazmumah.

Sunday, June 27, 2010

aktiviti siswa


27/6/2010

assalamualaikum

14 orang siswa meluangkan sedikit masa bermain futsal di Star Futsal.
ini adalah aktiviti mingguan Siswa Kuis-Ktd
jadi sama-samalah kita sihatkan tubuh badan dengan aktiviti yang berfaedah

~barisan pemain~


~sudut~


~semua dah letih~

~jom balik~

Seketika Bersama Dr Syed Halim

salam alaik...
kedatangan seorang relawan yang menyertai konvoi LL4G ke teratak KTD untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman semasa ditangkap oleh tentera ZIONIS.
pertemuan ini khusus untuk semua staff KTD.
sepatutnya perkongsian ini disampaikan oleh Dr Mohd Arba'ai Shawal tetapi diganti oleh Dr Syed Halim.
mungkin ada hal-hal yang tidak dapat elakkan.

~berkongsi~

Beliau berkongsi mengenai kejadian yang berlaku di atas Kapal Mavi Marmara.

ketakutan tentera israel yang terserlah
takut akan semburan air
takut cahaya
takut akan air wuduk

~antara yang hadir~

bercakap mengenai apa yang patut kita lakukan.
adakah sekadar membuat demostrasi di kedutaan???
memboikot barang yang menjana pendapatan untuk membunuh rakyat PALESTIN???

~melaungkan kemarahan dihadapan kedutaan Amerika~

~demostrasi~

adakah kita sudah sejuk dengan isu PALESTIN???

Friday, June 25, 2010

gotong-royong asrama baru

salam
aktiviti gotong-royong asrama baru bersana warden dan pelajar Induksi UTM dan KUIS
aktiviti ini berlangsung sekitar jam 9.30 pagi-12.00 tgh
semoga Allah membalas jasa mereka yang sanggup korbankan tenaga dan masa
sedikit gambar untuk tatapan bersama


~gembira mengemas~

~sempat bagi post~

~riak muka keletihan~

~tolong-menolong~

~longkang asrama baru~

~masing-masing memberikan komitmen~

program kelab penerbitan

salam alaik kpd semua
satu program ringkas yang dibuat di Taman Tengku Anis
program ini disertai oleh pelajar KUIS-KTD yang melibatkan diri dalam kelab penerbitan kreatif.
seramai 3 orang siswa dan 15 orang siswi diiringi Encik Ruqaimi dan Puan Mumtazah selaku Penasihat Kelab Penerbitan Kreatif dan seorang peserta kecil iaitu baby Mujahid yang ceria selalu.

program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman

program ini bermula pada pukul 7.00 pagi.
riadah sekitar Taman tengku Anis selama 45 minit.
Berhenti berehat seketika bersama roti canai dan teh panas.
slot terakhir iaitu perkongsian yang dilakukan secara berasingan.
perkongsian siswa dikendalikan oleh Encik Ruqaimi dan Puan Mumtazah bersama siswi.

9.30 bersurai

~kepenatan~

~antara siswi yang hadir~

~seoren sehitam ~

~siswi bersama Puan Mumtazah+Mujahid~

~cantik sungguh~

~rehat seketika~

...:::manfaatkan masa yang ada:::...

Thursday, June 24, 2010

bersama saudara baru di IDIP

23/6/2010
Institut Dakwah Islamiyah PERKIM(IDIP)
2.45-3.45 ptg

4 orang pelajar Diploma Komunikasi semester 3 ditugaskan untuk membuat sedikit artikel mengenai saudara baru yang memeluk agama ISLAM.
3 orang sebagai wartawan dan seorang jurukamera.
Menemu ramah mereka mengenai cabaran dan halangan sebelum dan selepas memeluk agama ISLAM

~bergambar sebelum pulang ke kolej~

nur Aiman bersama saudari dari Negeri Sembilan
~orang asli~


~Amir Fawwaz bersama saudara Adam,22, dari Tanah Merah~
~sebelum ini beliau penganut agama Buddha~


~Kak Norihan bersama saudari Nur Zahra Insyirah bt Abdullah dari Sabah~

pengetahuan mereka tentang ilmu agama Islam sangatlah cetek kerana baru memeluk agama Islam. tetapi mereka sangat selesa apabila belajar sesuatu yang baru dan tidak pernah menjangkakan betapa indahnya Islam dan teratur semua gerak gerinya dalam kehidupan seharian. mereka berasa cukup beruntung kerana Allah masih sayangkan dan memberikan hidayah untuk memulakan kehidupan yang baru.
kecekalan dan ketabahan mereka menempuh cabaran untuk memeluk agama Islam patut kita contohi.
semoga Allah merahmati mereka dan mempermudahkan urusan mereka pada hari yang mendatang.
dan kita perlu memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah kerana sejak dari kecil kita telah mengetahui tentang ISLAM.
jadi, peganglah sekuat-kuatnya keyakinan kita terhadap deen ALLAH ini.

cuba kita buka mata....

Subhanallah.








masyaALLAH...

ada kesamaan antara ciptaan ALLAH...
begitu agungnya cipataanNYA...
berbanding dengan manusia yang terbatas segalanya...

Tuesday, June 22, 2010

Aku

Assalamualaikum

aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan,
daripada melihatmu gembira dalam kelalaian.

aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan,
daripada melihat tawamu dalam pengkianatan.

aku bangga melihatmu syahid dalam perjuangan,
berbanding mati dalam kesenangan.

moga kita bersama ajaran ISLAM.

sesungguhnya,
harta dan jiwa orang mukmin itu dibeli dengan ganjaran SYURGA.

Wassalam

Soalan 1

Assalamualaikum..

Soalan:

Kenapa diri ini merasakan tidak soleh dan macam mana nak baiki???

Jawapan yang di terima :

Merasa diri ini tidak SOLEH
adalah asas untuk kita usaha lebih kuat lagi
untuk menjadi soleh.
Tetapi jangan sampai kita BERPUTUS ASA
dan BERHENTI BERUSAHA

Wassalam..

Monday, June 21, 2010

~Menanti Keajaiban~

Assalamualaikum

"Menanti Keajaiban"

Namun kehidupan ini kadang-kadang umpama medan peperangan.
Musuh boleh muncul bila-bila masa sahaja.
Sekejap tadi kita baru saja menarik nafas lega
tetapi
belum sempat nafas itu dilepaskan semula
suasana gawat muncul tiba-tiba.

Begitu juga dengan kehidupan kita,
ketika ketenangan datang menyapa mesra
tiba-tiba sahaja fitnah dan ujian menerpa.
Ketika kita dengan susah payah
meneguk erti kebahagiaan
kini keresahan dan kegelisahan mengintai dengan
penuh rasa cemburu dan iri hati.

Baru sekejap tadi kita melihat lautan kehidupan
begitu luas bersama cahaya mentari
yang menerangi horizon diri tetapi kini awan hitam
mula menutupi pandangan bersama dentuman kekecewaan.

Keresahan mula mengisi ruang hati kita
apabila ketenangan mula mengundur diri.
Kitapun sedar bahawa dunia ini pentas ujian.
Kita cuba pasrahkan diri namun
kepasrahan itu sendiri tidak semudah
ungkapan madah pujangga.

Disaat ini kita benar-benar menanti keajaiban.
Kita panjatkan munajat keinsafan
disetiap ruang dan kesempatan.
Zikir kita tidak lekang dari mulut sedang hati kita
penuh dengan pengharapan.

Ya, pengHARAPAN itulah yang masih kita miliki
ketika kita di puncak penderitaan dan kekecewaan.
Harapan itulah yang akan menemani sesiapa sahaja
yang terumbang ambing di lautan hidup.

Dan HARAPAN
itu tak pernah mungkir untuk setia bersama kita
ketika apa saja dan sebesar mana
musibah yang datang menimpa.

Mungkin kerana itulah fitrah insan,
bahkan atheis (mulhid) yang tak percayakan tuhanpun
apabila terumbang ambing dipukul
gelombang tanpa disedari akan
mula menggenggam harapan agar dirinya terselamat.

Cuma mungkin kerana kita tersalah
sandarkan harapan kita pada
bukan tempatnya maka
harapan kita berakhir dengan kekecewaan
dan keputusasaan.

Ataupun kita sandarkan pada tempat yang betul
namun bukan dengan sepenuh keyakinan
maka hasilnya masih keraguan dan keputus asaan.
Tetapi jika HARAPAN itu kita sandarkan kepada DIA
yang menjadikan alam dan makhluk sekeliannya,
DIA yang mentadbir alam dan isinya dan
DIA yang Maha tinggi kasih sayang dan keadilannya
maka tentunya kita akan menemui suatu keajaiban yang
pernah ditemui oleh umat terdahulu
yang berdepan dengan musibah dan ujian
yang berkali ganda lebih hebatnya dari apa yang sedang kita hadapi.

Wassalam

~Lilin Harapan~

Assalamualaikum

Lilin Harapan

“Masih adakah lagi kehidupan
setelah padamnya harapan?”
Kita akan sanggup menempuhi apa saja
halangan dan ujian selagimana harapan
masih lagi menyala di jiwa kita.

Walaupun kehidupan yang kita tempuhi
tidak sepertimana yang kita rancang,
walau kegagalan menghiasi setiap langkah
yang kita aturkan namun selagimana
masih ada harapan di hati,
kita kan masih mampu
meneruskan perjalanan hidup ini.

Namun ketika angin musibah sekali sekala
bertiup kencang hingga hampir-hampir
lilin harapan kita terpadam,
ketika itu kita merasakan kegelapan,
hari-hari yang dilalui adalah mimpi ngeri
sedangkan esoknya adalah misteri yang
mengumpulkan segala ketakutan dan keputusasaan.

Kita menoleh kebelakang
namun segala kebahagiaan lalu
bagai ilusi berkaca yang
boleh kita bayangkan
tetapi bukan untuk disentuh.
Namun setelah musibah itu reda
dan api lilin harapan kita kembali bercahaya
seperti sebelumnya kita seolah-olah mati
hidup semula dengan keazaman baru,
melangkah dengan jiwa
yang tenang dan semangat yang membara.
Kita tidak sabar-sabar
menanti hari esok untuk kita isikan
dengan impian dan harapan.

Harapan adalah kehidupan.
Tidak ada kehidupan tanpa harapan
bahkan mulianya insan kerana
mulianya harapan yang dibina.
Harapan yang tumbuh
dari keimanan yangbenar,
harapan yang dihiasi taqwa dan tawakal
serta disinari cahaya nubuwwah dan
petunjuk Ilahi. Keimanan yang akan
membuahkan keyakinan dan kesabaran.
Keyakinan pada janji-janji dan pertolongan
Allah SWT yang merawat segala kelukaan jiwa
dan keputus asaan.

Keimanan yang akan
membuahkan kesabaran yang menjadikan
kehidupan ini indah dan bercahaya serta
dilapisi dedaunan harapan dan keazaman.
Kesabaran yang harumannya ialah kepasrahan
iaitu memandang baik segala keputusan Allah
disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya,
kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan,
ketenangan, keteguhan jiwa
sebagai lambang kepuasan
dengan qadar Allah SWT.

Hinanya insan kerana hinanya harapan
yang menguasai diri dan tingkahlakunya.
Harapan yang dibina diatas nafsu haiwani
yang tidak mengenal batas dan hak.
Nafsu yang menjadi hijab
antara kebenaran dan kebathilan,
hak dan tanggungjawab,
kewajiban dan tegahan serta makruf dan kemungkaran.
Harapan yang dibutakan oleh kejahilan dan kemunafiqan.
Harapan yang diwarnai ego,
takbur dan kepentingan diri.

Biar gelombang kegagalan menggoncang jiwa,
biar hari-hari yang dilalui adalah
kesedihan dan kekecewaan serta hari esok
yang tidak menjanjikan apa-apa,
janganlah dibiarkan lilin harapan kita terpadam.
Pelihara ia agar terus menyala
dan meyinari hidup kita kerana tanpanya
ialah keputus asaan dan kekecewaan,
tanpanya hidup ini adalah kuburan dan kematian.

Wassalam

Fakta Tembok Besi Mesir-Gaza

Assalamualaikum

Fakta Tembok Besi Mesir-Gaza



FAKTA 01: TEMBOK KELULI DIBINA SEJAUH 11km, DAN SETINGGI 18-20 METER DARI PERMUKAAN TANAH.

Tembok keluli yang digunapakai oleh Mesir hampir menyerupai konsepnya dengan Sheet Pile Wall. Sheet Pile Wall ialah salah satu daripada pelbagai Tembok Penahan yang digunakan di Malaysia. Berikut ialah beberapa gambar berkaitan tembok penahan disekitar Lebuhraya di Malaysia.



Sheet Pile Wall ialah tembok cerucuk yang seringkali digunapakai dalam industri pembinaan, buat untuk menahan benteng-benteng yang dikorek, bagi mengelakkan tanah runtuh. Ianya mampu menahan tekanan bumi yang tinggi (high earth pressure) terutama sekali di kawasan tanah yang lembut. Kekuatannya terletak pada bahan dan ikatan diantara keluli dengan keluli yang lain. Sheet Pile Wall bukan sahaja terdapat dalam bentuk keluli (turut dikenali sebagai anchor sheet steel pile), tetapi boleh didapati dalam bentuk konkrit yang dibentuk di kilang. Kenapa dipanggil ‘Sheet’, ianya disebabkan kerana bentuknya seperti helaian kertas. Berikut merupakan sedikit gambar berkaitan sheet pile.




Sama bukan sepertimana yang dibina di Mesir, cuma yang bezanya adalah bahan yang digunakan.

FAKTA 02: BAHAN KELULI UNTUK TEMBOK DI MESIR MENGGUNAKAN BAHAN YANG DIKENALI SEBAGAI “SUPER-STRENGTH STEEL”. KEKUATAN BAHAN YANG DIGUNAKAN MEMBOLEHKAN KELULI INI TAHAN DARI SEBARANG AKTIVITI PEMOTONGAN, PENEBUKAN DAN LETUPAN BOM.

Kelebihan menggunakan Sheet Pile ini adalah ianya mudah dipasang (tidak mengambil masa yang lama) dan murah. Cukup sekadar menanam cerucuk berkenaan di dalam tanah menggunakan kuasa hidraul atau hentakan. Teknik penanaman cerucuk ini menggunakan konsep ‘jingsaw’ – mengunci di antara satu sama lain. Kebiasaannya, cerucuk ini dipasang sebagai struktur sementara (tiada nilai estetik) sebelum struktur yang kekal siap sepenuhnya. Namun demikian, ada juga yang menjadikan sheet pile ini sebagai struktur tetap.

Kenapa Mesir membina tembok berkenaan? Mesir menyatakan pembinaan tembok keluli itu adalah satu keputusan untuk mempertahankan kedaulatan yang bertujuan menghalang penyeludupan dadah menerusi terowong di bawah sempadan yang digali secara haram dan digunakan untuk menyeludup pelbagai bekalan dan senjata. Ulama Jordan melihat tembok berkenaan akan memburukkan lagi sekatan yang sedang dilaksanakan Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan menghalang kemasukan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dibawa menerusi terowong rahsia berkenaan.

Prof Dr Yusuf Garadhawi menyifatkan pembinaan tembok pemisah itu adalah ‘haram di sisi syarak’. Tambah beliau lagi, “Benar, Mesir bebas dan haknya untuk membuat keputusan setiap yang berkaitan dengan kedaulatannya tetapi Mesir tidak berhak memberi bantuan yang berupa membunuh jiran malah saudaranya sendiri(penduduk Palestin di Gaza)”. Tegas beliau, perkara seumpama ini tidak wajar bagi sebuah Negara Arab yang berhukum dengan undang-undang kebangsaan Arab, sekalipun ia Negara Islam .. biarlah di atas semangat persaudaraan Islam dan atas nama kemanusiaan lagi wajib sebagai saudara sesama manusia.

Wassalam

Sumber: sebuahbinaan.blogspot.com

Thursday, June 17, 2010

17/6/2010

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini
blog ITHAR telah pun dibuka
cuma masih ada kekosongan
lantran kekangan masa..

Blog ini akan menggantikan
ITHAR FACEBOOK(insyaAllah)..
dan sebarang persoalan mahupun
makluman boleh la dimaklumkan
di alamat emel: itharkuis@yahoo.com

Wassalam..