Thursday, July 29, 2010

Pasca Mavi Marmara Berdarah: Netanyahu Bertegas Sekatan Ke Atas Gaza Tetap Diteruskan

2 Jun – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan pada hari Selasa (2/6) bahawa Israel tidak akan menamatkan sekatan ke atas Gaza. Beliau mengatakan bahawa sikap pentadbirannya terhadap Gaza tidak berubah,bahkan sekatan tidak akan ditarikbalik selama Hamas terus mentadbir Gaza.

Hamas adalah parti yang menang besar dalam pilihanraya 2006 dalam dewan perundangan Palestin dan tempatan.


Netanyahu menyebur askar Israel yang melakukan serangan terhadap armada Flotilla Kebebasan adalah kerana mereka berdepan dengan armada “kekerasan” dan bukan armada untuk perdamaian.

Beliau juga mengatakan bahawa Israel mempunyai bukti bahawa para aktivis di kapal menggunakan “gergaji, kapak, pisau, besi,” dan menambah “mereka mungkin membawa senjata.”

Netanyahu mengatakan bahawa “dia menyesal atas kehilangan nyawa dalam serangan itu” tetapi katanya lagi “Israel tidak akan membenarkan kemasukan alat tempur ke Gaza.”

Netanyahu mengatakan dia sudah bercakap dengan Presiden Mesir Hosni Mubarak, Canselor Jerman Angela Merkel, dan Perdana Menteri Britain David Cameron.

Satu-satunya bukti Israel yang mengatakan aktivis membawa senjata adalah sedutan video yang tidak berkualiti. Perlu dicatat bahawa kapak dan pisau dan beberapa senjata yang kononnya aktivis dituduh mengacukan, adalah alat yang biasa ditempatkan dalam sesebuah kapal yang belayar di laut. (immec)

~sumber http://haluanpalestin.haluan.org.my~

Sifat Dan Karakteristik Yahudi

Maha Suci Allah, pencipta alam buana, pencipta segala makhluk di alam raya tidak kira alam wujud atau alam ghaib. Begitulah Maha Hebat Al Khalik yang amat takruf dan mengetahui tentang yang diciptakanNya.

Bangsa Yahudi juga ciptaan Allah, maka sudah tentu Allah lebih arif tentang mereka dari kita yang amat jahil ini. Allah yang amat penyayang telahpun mengabadikan sifat-sifat, tingkah laku dan karakteristik bangsa Yahudi ini di dalam Al Quran yang telah diturunkan kepada Rasulullah, rasul junjungan kita sebagai mengajar rasul dan umat Islam agar lebih berhati-hati dengan orang dan bangsa Yahudi. Sejarah dari zaman Rasul dan juga dari zaman-zaman nabi sebelumnya telah terbukti sifat buruk bangsa ini.


Mari kita selidiki asal-usul bangsa Yahudi dan timbulnya perkataan Israel. Perkataan Israel menurut terjemahan Hamka merupakan gelaran hormat yang Allah kurniakan kepada Nabi Yaakub. Dalam bahasa Ibrani il membawa maksud Allah maka Israel membawa maksud Amir pejuang bersama Allah.

Nabi Yaakub mempunyai 12 orang anak. Anak kedua beliau bernama Yahuda. Yahuda mempunyai ramai anak dan membentuk sebahagian besar dari suku kaum bangsa Israel. Keturunan Yahuda berkembang sebagai bangsa dan agama yang dipanggil Yahudi.

Menurut buku Al Mu’jam al Mufahras li al-fazh Al Quran tulisan Muhammad Fuad Abdul Baqi, Yahudi disebut sebanyak 9 kali dalam Al Quran, Israel sebanyak 43 kali dan bani Israel sebanyak 13 kali.

Di dalam sirah dan perjalanan hidup Rasulullah beserta para sahabat, terdapat beberapa suku bangsa Yahudi disebut. Antaranya Bani Quraizah, Bani Nadir dan Bani Qainuqa.

Allah di dalam Al Quran telah menggambarkan sikap dan karakteristik bangsa Yahudi begitu teliti. Hikmahnya amatlah banyak. Yang pertama sebagai amaran kepada kita umat Islam sedunia, akan kebencian dan niat mereka yang sentiasa bekerja untuk memusnahkan kita umat Islam. Yang kedua, sebagai amaran kepada seluruh umat manusia seluruh dunia supaya lebih berhati-hati dalam berurusan dunia dengan mereka seperti urusan perniagaan kerana cirri-ciri mereka bangsa Yahudi yang suka menipu dan memutar belitkan fakta.

Dari khazanah yang tidak ternilai di dunia ini, iaitu Al Quran maka inilah karakteristik bangsa Yahudi:

(1) Amat membenci orang-orang Islam:

Yahudi amat-amat terperasan yang mereka adalah bangsa pilihan; bukan bangsa manusia yang lain. Kedatangan Islam yang membawa mesej bahawa semua umat manusia adalah sama rata kecuali mereka yang bertaqwa dan beriman dengan tidak mengira dari bangsa manapun mereka berasal merupakan halangan besar kepada tercapainya cita-cita bangsa Yahudi untuk menguasai dunia dan memperhambakan bangsa yang lain. Marilah kita menghayati wahyu Allah dari surah Al Maidah ayat 82: “ Pasti akan kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman, ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik…..”

Bagi merealisasikan cita-cita, mereka menubuhkan organisasi Freemasonry. ‘Freemasonry International’ bertujuan membina Negara Yahudi di atas runtuhan Masjid Al Aqsa.

(2) Umat yang paling banyak bertanya.

Pepatah melayu mengatakan: “kalau tidak bertanya sesat jalan”. Bertanya adalah satu proses pembelajaran bagi mendapatkan panduan dan kebenaran bagi mencapai satu tujuan yang baik. Contohnya bertanya cara- cara membuat kek agar ianya lebih sedap. Malangnya sikap bertanya yang ada pada bangsa Yahudi ini begitu pelik. Pertanyaan mereka bertujuan untuk melambat-lambatkan perlaksanaan perintah Allah, sebagai ejekan kepada perintah Allah dan yang paling penting untuk tidak melaksanakan perintah Allah. Mereka adalah kaum yang engkar. Marilah kita hayati kisah orang Yahudi dengan Nabi Musa di dalam surah Al Baqarah bermula dari ayat 67 hingga 71. Pada akhir ayat 71 dinyatakan “…….Lalu mereka menyembelihnya dan nyaris mereka tidak melaksanakan perintah itu” Kisah ini merupakan perintah Allah kepada Bani Israel untuk menyembelih sapi.

(3) Umat yang suka mengingkari perintah Allah dan Rasul.

Apakah kita semua aktivis-aktivis pembebasan Palestin hatta Bangsa-bangsa Bersatu yakin bahawa Israel dan bangsanya Yahudi akan menurut segala perintah dan amaran? Apakah kita akan percaya sekiranya Amerika sekutu kuat mereka memerintahkan agar Israel berhenti mengepung Gaza akan mereka patuhi? Maka inilah jawapan Al Quran di dalam Surah Al Baqarah ayat 91 dan 92. Nabi Musa memerintahkan mereka mengabdikan diri dan mematuhi segala perintah Allah tetapi mereka telah mengambil anak sapi sebagai sembahan mereka. Sedangkan perintah Allah mereka berani langgar dan cabuli, inikan pula perintah manusia.

(4) Mengubah dan memutar belitkan kebenaran.

Berikut adalah kenyataan sikap mereka dalam ayat 75 surah Al- Baqarah. Tidak hairanlah mereka mengubah dan memutar belitkan fakta-fakta mengenai serangan ke atas kapal Mavi Marmara. Sudah terbukti sejak dari zaman nabi Musa lagi, dan yang ketaranya mengenai isu Palestin sewaktu perjanjian Oslo. Begitu juga sikap mereka yang semborono memusnahkan ladang zaitun milik turun temurun rakyat Palestin di tebing barat dalam tahun 2009 dengan alasan bahawa tuan yang menandatangi geran dalam Negara haram Israel telah meninggal dunia dan warisnya tidak punya kuasa atas tanah itu dan ianya menjadi milik Negara haram itu.

~sumber http://haluanpalestin.haluan.org.my~

Pelajar Terbaik Gaza Belajar Di bawah Cahaya Lampu Minyak

Saya hanya belajar di bawah cahaya pelita dan cahaya telefon bimbit”

Asma Amin Tubasi dari Rafah, pelajar cemerlang kelas Tawjihi menceritakan bahawa ayahnya ada menyuruhnya berhenti belajar dengan menggunakan lampu minyak kerana telah kerap berlaku siri kemalangan di Jaluran Gaza terhadap anak-anak Gaza sehingga menyebabkan kecederaan dan rumah terbakar kerana bahan api yang digunakan adalah tidak selamat kerana diseludup dari Mesir.

“Dia akan belajar selama 18 jam sehari, dan dia telah membuat saya sangat bangga hari ini, memperoleh 99.4% pada subjek sastera Tawjihi, nilai tertinggi di seluruh Gaza,” demikian cerita ayahnya kepada wartawan Maan News di rumahnya.


Dari bulan September hingga Mac, keluarga Asma terpaksa bergelap antara 2-8 jam setiap hari, tetapi pada Januari, saat Pihak Berkuasa Palestin mengambil alih pengurusan bahan bakar ke Gaza dari Kesatuan Eropah, akibat kekurangan dana telah menyebabkan mereka terpaksa bergelap dari 8 – 12 jam sehari.

“Pemotongan bekalan kuasa ini telah memburukkan keadaan hidup yang sudahlah sulit di Gaza dan mengganggu hampir semua aspek kehidupan seharian, termasuk kerja rumah, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan air serta perkhidmatan sanitasi,” laporan PBB khusus pada krisis elektrik di Gaza seperti yang dilaporkan pada bulan Mei.

“Saya hanya berharap situasi ini akan berakhir dengan lebih baik,” kata Asma, menjelaskan bahawa ketika lampu minyak tidak lagi dapat digunakan, dia akan menggunakan lampu pada telefon.

Ayahnya, yang bekerja untuk Kementerian Wakaf di Gaza, mengatakan dia bimbang tindakan Asma akan merosakkan matanya kerana membaca pada kadar pencahayaan rendah, semenjak pemotongan bekalan elektrik dan kekurangan bekalan bahan bakar, menyebabkan Gaza bergelap setiap hari selepas jam 10.00mlm.

Prestasi belajar Asma adalah sangat mengejutkan dan membahagiakan warga Gaza memandangkan masalah berkaitan sistem pendidikan di Gaza saat kritikal. Statistik daripada PBB menunjukkan bahawa kehadiran dan prestasi di sekolah umum telah menurun akibat dari infrastruktur pendidikan yang terhad, bilangan kelas yang terhad dan pelajar terlalu ramai dalam sesebuah kelas, ditambah lagi dengan gangguan dari operasi tentera Israel setiap hari.

Pada semester pertama tahun 2007-2008 sekolah, hanya 20% dari 16,000 pelajar kelas enam di Gaza lulus ujian standard Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Arab, menurut satu kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan di Gaza.

Ketika Asma melihat keputusan ujian yang dia telah lalui, “saya teriak, saya menangis, saya tertawa, saya seperti tidak percaya apa yang telah saya lakukan,” jelasnya.

Dia seorang gadis yang berdedikasi, dia membaca pada setiap masa saat situasi yang dihadapinya adalah sangat sulit, “jelas ayahnya. Tambah ayahnya lagi Asma percaya dia begitu tekad untuk berjaya kerana dia ingin” masa depan yang lebih baik untuk dirinya sendiri, dan masa depan yang lebih baik untuk Gaza. “ (mnn)

~sumber http://haluanpalestin.haluan.org.my~

Monday, July 26, 2010

~panggilan Ilahi~

aslkm....
bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi bernafas sehingga sekarang...
satu berita yang ingin disampaikan....
Al-Fatihah kepada kakak Hanafi bin Ismail....
Diploma Perbankan Islam/3....
telah dijemput oleh ilahi...

satu peringatan kepada kita semua
bahawa kematian itu adalah PASTI

"buah kelapa yang muda ada juga yang gugur ke bumi,
buah kelapa yang tua PASTI gugur"

Wednesday, July 21, 2010

~konsert khas bersama shoutul harakah~


~sblm pulang berehat~

~ajk+team shoutul harokah~

~KE meraikan tetamu~

~penat dalam gembia~

~bacaan doa penutup oleh saudara Anas~

~semangat~

~fokus~

~sapa ni???~
~di pentas medan Taqafi~

~sedikit kata-kata oleh ustaz Ali Irfan~

~sir Irwan selaku pengerusi majlis~

~perkkongsian dari Sir Rosdi~

~ayuh bangkitkan semangat~

~menanti dengan penuh kesabaran~

~generasi pewaris~

~Cik Ruqaimin with Umar~

~wakil pelajar KTD~

~Allah tujuan kami~

~menghayati~

~siapakah mereka~

~ucapan drpd Dr Abdullah Sudin~

~drummer SH~

~penuh keyakinan~


~meraikan tetamu~

Saturday, July 17, 2010

semakin hampir



peringatan!!!
FINAL EXAM
semakin hampir....
sudahkan kita semua bersedia???

Tuesday, July 13, 2010


~ayuh kita perbaharui hati kita semua~

Monday, July 12, 2010

al-aqlu salim fi jism salim 2

~bila nak mula ni~

~fokus-fokus~

~bersedia tiup-tiup~

~siapakah calon yang terkeluar~

~tahniah~

~semangat mencari gula-gula~

~jejak kasih~

~persediaan yang mantap~

~mujahid with abi~

~peluk dengan kasih sayang~

~with bro Redha~
~time management~

~with Cikgu Kamaruddin~

~sambutan hari jadi Wan Mohamad yang penuh cetusan~

~khusyuk mendengar penyampaian~

~with Sir Rosdi~

~time to eat~