Thursday, November 10, 2011


Pertandingan Penulisan Esei Kreatif Anjuran ITHAR

Tajuk yang dipertandingkan:

-Mahasiswa agen perubahan pemangkin kejayaan ummah

-Erti 2 kalimah syahadah dalam kehidupan mahasiswa Muslim

pilihan lain:

- sebarang penulisan kreatif yang Islamic...(hasil ciptaan sendiri).



Pra Syarat:

1) Terbuka kepada ahli ITHAR sahaja

2) Peserta hanya layak memilih salah satu tajuk untuk satu penyertaan sahaja.

3) Esei yang ditulis mestilah idea asal peserta dan tidak boleh meniru dari mana-mana buku atau sumber (kecuali sumber seperti al-Quran dan Hadis mestilah berpandukan sumber yang benar/ tepat).

4) Peserta mestilah mengemukakan butir-butir seperti:

-Nama:

-Kos/Jurusan:

-Semester:

5) Esei tersebut mestilah dihantar melalui email ITHAR selewat-lewatnya sebelum: 31 Januari 2012

:[itharkuis@yahoo.com]


6) Pemenang akan diumumkan dalam blog ITHAR 2 minggu selepas tarikh

tutup penyertaan.

Sebagai ahli persatuan ITHAR saya ingin mencadangkan agar.............................................................

(Tiada had perkataan utk idea yang bernas)


*Peserta yang memenangi pertandingan ini berpeluang memenangi sebuah buku terbitan Telaga Biru dan esei kreatif tersebut akan di terbitkan dalam blog ITHAR.

(Hanya 2 pemenang utama dan 1 pemenang saguhati sahaja yang terpilih).


((( PENYERTAAN DI TUTUP)))

* harap maklum.

Saturday, July 30, 2011

SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN


Masa/tarikh: 8.30am-5.00pm/ Sabtu, 30/7/2011

Tempat: Dewan Utama KTD.

Slot muqadimah: Sir Rosdi

- kutub 'pain'-----kutub'pleasure'.

-Tiap – tiap ungkapan perlu dibuktikan dengan amalan .

Dalam setiap kehidupan ,manusia pasti akan melalui 2 kutub ini, iaitu: kutub ‘pain’ dan kutub ‘pleasure.’

Sebelum merasai nikmat kebahagiaan, pasti akan merasai kesakitan. Dimana setiap kejayaan ‘dilaburkan’ dengan ‘modal’ kesusahan dalam berusaha terlebih dahulu.

Tip untuk berjaya (3):

1) mesti mempunyai ilmu

2) mesti mempunyai kemahiran dan kepakaran

3) mesti mempunyai komunikasi dan seni perhubungan

- Kita tahu apa yang Allah kehendaki jauh daripada kehendak kita

- transformasi bukan berlaku dalam satu hari.

- bedasarkan kata – kata daripada ibn Qayyim “ hati kita dicipta untuk urusan besar-besar sahaja”.

Slot 2: Dr Nor Hisyam bin Mohd Nawi

Tajuk: Jom Perbaharui Diri (anjuran Akademi Bina Ummah & KTD)

7 prinsip yang ajaib tentang manusia:

  • Manusia adalah baik dan mulia

- secara fitrah manusia baik dan menjadi tidak baik disebabkan anasir luar

  • Manusia berhak bergembira dan bahagia

- seberapa ramai orang yang terlalu mengejar kegembiraan tetapi terlupa pada hakikat kebahagian.

- seseorang akan lebih gembira tika ‘memberi’ daripada ‘menerima’. Bak kata pepatah ‘tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima’.

  • . Setiap manusia ada keunikannya yang tersendiri

- setiap manusia di muka bumi ini ada kelebihan dan kekurangannya.

- kita mempunyai potensi, tetapi sebahagian daripada kita tidak menyedarinya disebabkan oleh:

- tidak teroka

-tidak cari

- tidak lihat semula pada diri

- tidak perbaharui semula potensi yang sedia ada.

- jangan bertanding (compete) dengan orang lain , bertanding dengan diri sendiri kerana dengan cara tersebut kita dapat membuat perbaharuan diri. Jika kalah kerana bersaing dengan orang lain, kita akan merasa lebih kecewa.

  • . Setiap manusia berhak berimpian dan memilih destinasi yang dikehendaki.
  • . Manusia boleh memperbaharui dirinya berkali – kali untuk mencapai destinasi.
  • . Proses perbaharuan bermula dari dalam
  • . Proses perbaharuan perlukan sokongan dari luaran

Rumusan: “Proses perubahan boleh bergabung untuk

menghasilkan ledakan perubahan yang luar biasa”.

Sunday, May 22, 2011

Semalam

Photo by Mahmoud Izzat

'semalam hanya tinggal kenangan'

Saturday, May 21, 2011

doakan

~credit to Mahmoud Izzat for this picture~

Semoga kita semua berada dalam keadaan yang diredhai olah Allah.
InsyaAllah bermulanya semester baru ini blog ini akan di aktifkan semula.
Semoga Allah permudahkan segalanya.

pesanan

'semoga Allah merahmati kita semua'