Saturday, July 30, 2011

SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN


Masa/tarikh: 8.30am-5.00pm/ Sabtu, 30/7/2011

Tempat: Dewan Utama KTD.

Slot muqadimah: Sir Rosdi

- kutub 'pain'-----kutub'pleasure'.

-Tiap – tiap ungkapan perlu dibuktikan dengan amalan .

Dalam setiap kehidupan ,manusia pasti akan melalui 2 kutub ini, iaitu: kutub ‘pain’ dan kutub ‘pleasure.’

Sebelum merasai nikmat kebahagiaan, pasti akan merasai kesakitan. Dimana setiap kejayaan ‘dilaburkan’ dengan ‘modal’ kesusahan dalam berusaha terlebih dahulu.

Tip untuk berjaya (3):

1) mesti mempunyai ilmu

2) mesti mempunyai kemahiran dan kepakaran

3) mesti mempunyai komunikasi dan seni perhubungan

- Kita tahu apa yang Allah kehendaki jauh daripada kehendak kita

- transformasi bukan berlaku dalam satu hari.

- bedasarkan kata – kata daripada ibn Qayyim “ hati kita dicipta untuk urusan besar-besar sahaja”.

Slot 2: Dr Nor Hisyam bin Mohd Nawi

Tajuk: Jom Perbaharui Diri (anjuran Akademi Bina Ummah & KTD)

7 prinsip yang ajaib tentang manusia:

  • Manusia adalah baik dan mulia

- secara fitrah manusia baik dan menjadi tidak baik disebabkan anasir luar

  • Manusia berhak bergembira dan bahagia

- seberapa ramai orang yang terlalu mengejar kegembiraan tetapi terlupa pada hakikat kebahagian.

- seseorang akan lebih gembira tika ‘memberi’ daripada ‘menerima’. Bak kata pepatah ‘tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima’.

  • . Setiap manusia ada keunikannya yang tersendiri

- setiap manusia di muka bumi ini ada kelebihan dan kekurangannya.

- kita mempunyai potensi, tetapi sebahagian daripada kita tidak menyedarinya disebabkan oleh:

- tidak teroka

-tidak cari

- tidak lihat semula pada diri

- tidak perbaharui semula potensi yang sedia ada.

- jangan bertanding (compete) dengan orang lain , bertanding dengan diri sendiri kerana dengan cara tersebut kita dapat membuat perbaharuan diri. Jika kalah kerana bersaing dengan orang lain, kita akan merasa lebih kecewa.

  • . Setiap manusia berhak berimpian dan memilih destinasi yang dikehendaki.
  • . Manusia boleh memperbaharui dirinya berkali – kali untuk mencapai destinasi.
  • . Proses perbaharuan bermula dari dalam
  • . Proses perbaharuan perlukan sokongan dari luaran

Rumusan: “Proses perubahan boleh bergabung untuk

menghasilkan ledakan perubahan yang luar biasa”.