Thursday, November 10, 2011


Pertandingan Penulisan Esei Kreatif Anjuran ITHAR

Tajuk yang dipertandingkan:

-Mahasiswa agen perubahan pemangkin kejayaan ummah

-Erti 2 kalimah syahadah dalam kehidupan mahasiswa Muslim

pilihan lain:

- sebarang penulisan kreatif yang Islamic...(hasil ciptaan sendiri).



Pra Syarat:

1) Terbuka kepada ahli ITHAR sahaja

2) Peserta hanya layak memilih salah satu tajuk untuk satu penyertaan sahaja.

3) Esei yang ditulis mestilah idea asal peserta dan tidak boleh meniru dari mana-mana buku atau sumber (kecuali sumber seperti al-Quran dan Hadis mestilah berpandukan sumber yang benar/ tepat).

4) Peserta mestilah mengemukakan butir-butir seperti:

-Nama:

-Kos/Jurusan:

-Semester:

5) Esei tersebut mestilah dihantar melalui email ITHAR selewat-lewatnya sebelum: 31 Januari 2012

:[itharkuis@yahoo.com]


6) Pemenang akan diumumkan dalam blog ITHAR 2 minggu selepas tarikh

tutup penyertaan.

Sebagai ahli persatuan ITHAR saya ingin mencadangkan agar.............................................................

(Tiada had perkataan utk idea yang bernas)


*Peserta yang memenangi pertandingan ini berpeluang memenangi sebuah buku terbitan Telaga Biru dan esei kreatif tersebut akan di terbitkan dalam blog ITHAR.

(Hanya 2 pemenang utama dan 1 pemenang saguhati sahaja yang terpilih).


((( PENYERTAAN DI TUTUP)))

* harap maklum.

Saturday, July 30, 2011

SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN


Masa/tarikh: 8.30am-5.00pm/ Sabtu, 30/7/2011

Tempat: Dewan Utama KTD.

Slot muqadimah: Sir Rosdi

- kutub 'pain'-----kutub'pleasure'.

-Tiap – tiap ungkapan perlu dibuktikan dengan amalan .

Dalam setiap kehidupan ,manusia pasti akan melalui 2 kutub ini, iaitu: kutub ‘pain’ dan kutub ‘pleasure.’

Sebelum merasai nikmat kebahagiaan, pasti akan merasai kesakitan. Dimana setiap kejayaan ‘dilaburkan’ dengan ‘modal’ kesusahan dalam berusaha terlebih dahulu.

Tip untuk berjaya (3):

1) mesti mempunyai ilmu

2) mesti mempunyai kemahiran dan kepakaran

3) mesti mempunyai komunikasi dan seni perhubungan

- Kita tahu apa yang Allah kehendaki jauh daripada kehendak kita

- transformasi bukan berlaku dalam satu hari.

- bedasarkan kata – kata daripada ibn Qayyim “ hati kita dicipta untuk urusan besar-besar sahaja”.

Slot 2: Dr Nor Hisyam bin Mohd Nawi

Tajuk: Jom Perbaharui Diri (anjuran Akademi Bina Ummah & KTD)

7 prinsip yang ajaib tentang manusia:

  • Manusia adalah baik dan mulia

- secara fitrah manusia baik dan menjadi tidak baik disebabkan anasir luar

  • Manusia berhak bergembira dan bahagia

- seberapa ramai orang yang terlalu mengejar kegembiraan tetapi terlupa pada hakikat kebahagian.

- seseorang akan lebih gembira tika ‘memberi’ daripada ‘menerima’. Bak kata pepatah ‘tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima’.

  • . Setiap manusia ada keunikannya yang tersendiri

- setiap manusia di muka bumi ini ada kelebihan dan kekurangannya.

- kita mempunyai potensi, tetapi sebahagian daripada kita tidak menyedarinya disebabkan oleh:

- tidak teroka

-tidak cari

- tidak lihat semula pada diri

- tidak perbaharui semula potensi yang sedia ada.

- jangan bertanding (compete) dengan orang lain , bertanding dengan diri sendiri kerana dengan cara tersebut kita dapat membuat perbaharuan diri. Jika kalah kerana bersaing dengan orang lain, kita akan merasa lebih kecewa.

  • . Setiap manusia berhak berimpian dan memilih destinasi yang dikehendaki.
  • . Manusia boleh memperbaharui dirinya berkali – kali untuk mencapai destinasi.
  • . Proses perbaharuan bermula dari dalam
  • . Proses perbaharuan perlukan sokongan dari luaran

Rumusan: “Proses perubahan boleh bergabung untuk

menghasilkan ledakan perubahan yang luar biasa”.

Sunday, May 22, 2011

Semalam

Photo by Mahmoud Izzat

'semalam hanya tinggal kenangan'

Saturday, May 21, 2011

doakan

~credit to Mahmoud Izzat for this picture~

Semoga kita semua berada dalam keadaan yang diredhai olah Allah.
InsyaAllah bermulanya semester baru ini blog ini akan di aktifkan semula.
Semoga Allah permudahkan segalanya.

pesanan

'semoga Allah merahmati kita semua'

Saturday, October 30, 2010

Tragedi Mavi Marmara: PM Israel Dakwa Tenteranya Pahlawan


Perdana Menteri Binyamin Netanyahu pada hari Selasa (26/10) memuji pasukan komando Tentera Laut yang menghentikan usaha aktivis IHH dari memasuki perairan Gaza pada 31 Mei lalu. Beliau berkata bahawa pasukan tenteranya adalah pahlawan yang sebenar. Beliau memuji mereka kerana usaha mereka untuk menggunakan cara yang “tidak berunsur kekerasan” untuk menghentikan kapal Mavi Marmara dan lima kapal yang lain dari melaksanakan misi mereka untuk memasuki Gaza yang dikuasai Hamas. Netanyahu berkeras mempertahankan tindakan komandonya walaupun seramai 9 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal Mavi Marmara terbunuh akibat bedikan peluru komando Israel. Beliau berkata demikian dalam sebuah kunjungan khas ke Pengkalan Angkatan Laut Israel di Atlit pada Selasa (26 Oktober) lalu, di utara Haifa. Perdana Menteri Israel itu berkata lagi kepada tentera bahawa “tidak ada kekuatan angkatan laut di dunia” yang akan bertindak lebih beretika dan lebih baik daripada yang telah komando mereka lakukan.

Begitulah kenyataan angkuh PM Israel yang berterusan menghalalkan pembunuhan yang telah mereka lakukan di perairan antarabangsa. Mereka tidak akan pernah rasa bersalah membunuh nyawa manusia yang tidak berdosa samada aktivis kemanusiaan apatah lagi umat Islam di Palestin. Sikap kekejaman mereka ini bukanlahsuatu yang baru dalam sejarah kewujudan bangsa yahudi yang kejam ini. Apabila kita menelusuri sejarah orang-orang Yahudi ketika zaman Rasulullah saw. mereka memang suka membantah ajakan Nabi Muhammad Saw menuju jalan yang benar, justeru kita boleh melihat betapa angkuh dan keras hati mereka. Kebencian mereka terhadap Islam tidak akan pernah surut sampai bila pun.

Mereka tidak akan pernah rela mengalah kepada umat Islam, sehinggalah umat Islam mahu mengikuti hawa nafsu mereka. Rasa permusuhan yang ada dalam hati para Yahudi lebih keras dan kejam jika dibanding dengan musuh-musuh Islam yang lain.

Dalam Al Quran Allah swt. berfirman:

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. (QS, 5:82)

Dalam Tafsir Al Alûsi dijelaskan bahawa orang-orang Yahudi disifati oleh Allah sebagai asyaddannâs, kerana kufur mereka yang sudah sangat berlebihan, serta kebiasaan mereka berbohong dan mengikuti hawa nafsu. Bahkan dikatakan juga bahawa dalam pandangan mereka wajib memerangi orang-orang yang kontroversi dengan keinginan mereka. Selain orang Yahudi juga orang-orang musyrik yang menjadi musuh yang sangat keras bagi umat Islam. Namun, dalam ayat ini orang-orang Yahudi lebih didahulukan (disebut terlebih dahulu) dari pada orang-orang musyrik, Mengapa? Menurut Al Imam Al Alûsi dalam tafsirnya, orang-orang Yahudi disebut terlebih dahulu kerana kebiasaan mereka yang lebih suka memusuhi dulu/mencari masalah, dalam pendapat lain dikatakan kerana sifat kejelekannya lebih tinggi daripada yang lain.

Kita semua sekarang dapat melihat fakta kebencian mereka terhadap orang-orang Islam yang ada di Gaza. Bertahun-tahun Yahudi Israel menjajah, mengusir dan menyiksa rakyat Palestin. Pelbagai macam kecaman telah mereka dapat dari majotiri manusia di seluruh penjuru dunia, ratusan ribu orang berdemonstrasi di negara-negara Eropah, puluhan ribu orang berdemonstrasi di negara-negara Arab dan Asia Tenggara untuk mengecam kekejaman tentera Israel yang sangat didukung oleh Amerika dan sekutunya, tetapi mereka semakin menggila meluncurkan serangan-serangan ke pemukiman warga Gaza. Hatta aktivis kemanusiaan pun mereka bunuh dengan penuh rasa kebanggaan. Yahudi Israel benar-benar telah melanggar hak asasi antarabangsa, mereka juga telah melakukan kejahatan perang dengan menghancurkan tempat-tempat ibadah, sekolah, university, pejabat milik PBB dan agensi kemanusiaan, pejabat para media massa, membunuh anak-anak serta membantai warga awam. Israel dan Amerika menuduh Hamas adalah kelompok teroris yang harus dihancurkan, sedangkan Israel dan AS yang sebenarnya lebih pantas disebut pengganas. Banyak fakta-fakta yang kuat yang boleh dijadikan penguat atas perkara ini, seperti pembunuhan ratusan ribu orang di Palestin. Sungguh sikap mereka sangat keji dan tidak manusiawi.

Kita masih belum mengetahui sampai bilakah mereka akan menghentikan kebiadaban mereka, apakah menunggu siksaan Allah yang akan segera datang untuk balasan bagi orang-orang yang zalim seperti mereka? Semog mereka segera mendapatkan siksaan dari Allah. Doa dan dukungan kami akan selalu menemani saudara-saudara kita yang berada di Palestin, semoga mereka mendapatkan pertolongan yang mulia dan kemenangan yang agung dari Allah swt.

Susunan: Abu Ridhwan Husaini (usrahkeluarga.blogspot.com)

sumber dari http://haluanpalestin.haluan.org.my

Tuesday, October 12, 2010

x lama dah

aslkm...
syukur kpd Allah kerana limpah kurnianya dpt lg kita hidup sampai sekarang...
insyaAllah x lama lagi kita semua akan sambung belajar utk semester baru...
jadi persiapkan diri masing-masing...
betulkan niat utk apa kita belajar...
semoga Allah merahmati kita semua...
amin...

Tuesday, September 28, 2010

prospek kerjaya



Diploma Perbankan Islam

Pegawai Bank
Pegawai Kewangan
Pegawai Pelaburan
Pegawai Insurans/Takaful
Pegawai Pematuhan Shariah
Pegawai Pentadbiran
Pegawai Kutipan
Penganalisa Pengesanan Penipuan
Pelatih Siswazah


Diploma Pengajian Islam Syariah

Penolong Pegawai di Jabatan Agama Islam
Pendakwah
Guru Agama
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Pusat Zakat, Pembangunan Keluarga &
Kaunseling, Jabatan Mufti & Perundangan syarak

Diploma Pengajian Islam Al-Quran dan Sunnah

Penolong Pegawai Tadbir
Guru Agama
Pendakwah
Perunding Pembangunan Manusia
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam/ Pembangunan Keluarga/ Jabatan Agama Islam.

Diploma Komunikasi

Wartawan majalah
wartawan Akhbar
wartawan Tv
Laman Internet
Penolong Editor
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Penulis Karya Kreatif
Penulis kopi
Penulis Skrip
Penyiaran, Periklanan, Perfileman

Monday, September 27, 2010

18 September – memperingati peristiwa penyembelihan di Sabra dan Shatila

Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila dari 16 hingga 18 September 1982 tidak mungkin terpadam daripada sejarah kemanusiaan, walaupun media arus perdana seakan-akan tidak pernah tahu tentang hakikat peristiwa tragis itu.

Serangan dan pembunuhan di Sabra dan Shatila itu merupakan salah satu daripada rentetan sikap keji yang dilakukan oleh rejim pengganas Zionis Israel atas arahan secara langsung oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Ariel Sharon. Sharon menggunakan taktik jahat dan hina dengan mengambil kesempatan daripada krisis militia Palangist Kristian di Lubnan bagi menghancurkan rakyat Palestin yang terpaksa menumpang hidup di kem-kem pelarian berkenaan. Batalion Palangist ini menyerang, menyiksa dan membunuh secara kejam wanita, anak-anak dan warga tua sementara tentera Zionis yang mengawal perimiter kem-kem tersebut membiarkan sahaja keganasan itu berlaku dan menghalang pihak luar daripada memasuki kawasan.

Serangan brutal dan tragis selama 3 hari itu telah mengorbankan seramai 3,500 pelarian Palestin. Ramai lagi dilaporkan hilang dan terkubur di bawah runtuhan bangunan. Ratusan mangsa serangan yang masih hidup telah dibawa menaiki trak menuju ke tempat misteri, yang sehingga ke hari ini tidak diketahui nasib mereka.

Bukan sahaja tentera Zionis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan dan pembunuhan, malahan mereka membantu puak militia Palangist dengan tembakan-tembakan cahaya ke udara supaya pembunuhan dapat diteruskan pada waktu malam.

Siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Kahan di bawah arahan pemerintah rejim Zionis pada bulan Februari 1983 memutuskan bahawa Sharon telah bersalah secara langsung kerana membenarkan puak Palangist masuk ke kem-kem tersebut dan seterusnya gagal menghalang pembunuhan ribuan orang awam. Tentera Sharon juga membekalkan senjata dan peralatan kepada Palangist dan menyediakan pengangkutan untuk membawa masuk militia.

Walaupun sikap keji Zionis ini mendapat kutukan dunia, termasuk negara-negara Barat sendiri, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga Majlis Keselamatan PBB terus menunjukkan sikap dingin terhadap desakan supaya menghukum mereka yang ternyata bersalah. PBB mengutuk tindakan zalim Zionis ini melalui Resolusi 521 (19 September 1982,) namun tidak pernah ada sebarang hukuman dikenakan terhadap Sharon, pemerintah mahupun tentera Zionis. Malahan ramai daripada keluarga mangsa-mangsa pembunuhan itu terpaksa membuat dakwaan secara sendirian ke atas Sharon.

Pada bulan Februari 2003, Mahkamah Tinggi Belgium memutuskan untuk membicara kes jenayah perang ke atas Sharon, tetapi Israel menuduh tindakan tersebut sebagai berbau politik. Pada bulan September 2003, memandangkan tidak seorangpun daripada mereka yang membuat dakwaan ke atas Sharon berbangsa Belgium, Mahkamah Tinggi Belgium terpaksa menggugurkan kes ini.

Mereka yang bersalah terus bebas dan merencana kezaliman demi kezaliman ke atas kemanusiaan, khususnya ke atas rakyat Palestin. (mn/Maan)



sumber HaluanPalestin