Sunday, August 8, 2010

Zionis Musnahkan Makam-makam di Ma’manullah

Al Quds, Rabu 4 Ogos 2010 — Jentolak-jentolak Perbandaran Jerusalem memusnahkan 7 buah makam di tanah perkuburan Islam yang penuh sejarah di Ma’manullah. Menurut saksi-saksi, jentolak-jentolak Zionis Israel mula memusnahkan makam-makam pada waktu pagi, dengan kawalan tentera. Zionis mendakwa makam-makam terbabit tidak mendapat lesen daripada Pergerakan Islam untuk dipulihkan semula. Malahan Zionis juga merancang untuk mendirikan sebuah muzium “Toleransi” di atas tanah tersebut.


Tanah perkuburan seluas 200 ekar yang terletak di bandar lama sejauh 2 kilometer daripada pintu Jaffa itu merupakan salah satu tanah perkuburan Islam yang terbesar di Al Quds. Di sini juga bersemayamnya beberapa orang sahabat-sahabat Nabi dan ulama-ulama yang mulia.

Pergerakan Islam memulakan kerja-kerja pemulihan makam di tanah perkuburan lama tersebut kerana terdedah kepada hakisan akibat perubahan cuaca dan persekitaran. Pemimpin-pemimpin Pergerakan Islam dilaporkan telah mengemukakan bantahan kepada pihak polis Zionis terhadap pemusnahan tersebut.

Ini merupakan usaha jahat Zionis secara terang-terangan untuk menghapuskan sejarah peninggalan Islam sebagai langkah meyahudisasikan kota Al Quds. Tindakan ini jelas menunjukkan sikap angkuh Zionis yang tidak mengenal erti moral dan kemanusiaan, serta perancangan politik jahat mereka terhadap peradaban Islam dan kemanusiaan yang telah dibuat oleh para sahabat dan ulama-ulama agung. (mn/PIP/aQ)

~sumber http://haluanpalestin.haluan.org.my~

No comments:

Post a Comment