Thursday, June 24, 2010

bersama saudara baru di IDIP

23/6/2010
Institut Dakwah Islamiyah PERKIM(IDIP)
2.45-3.45 ptg

4 orang pelajar Diploma Komunikasi semester 3 ditugaskan untuk membuat sedikit artikel mengenai saudara baru yang memeluk agama ISLAM.
3 orang sebagai wartawan dan seorang jurukamera.
Menemu ramah mereka mengenai cabaran dan halangan sebelum dan selepas memeluk agama ISLAM

~bergambar sebelum pulang ke kolej~

nur Aiman bersama saudari dari Negeri Sembilan
~orang asli~


~Amir Fawwaz bersama saudara Adam,22, dari Tanah Merah~
~sebelum ini beliau penganut agama Buddha~


~Kak Norihan bersama saudari Nur Zahra Insyirah bt Abdullah dari Sabah~

pengetahuan mereka tentang ilmu agama Islam sangatlah cetek kerana baru memeluk agama Islam. tetapi mereka sangat selesa apabila belajar sesuatu yang baru dan tidak pernah menjangkakan betapa indahnya Islam dan teratur semua gerak gerinya dalam kehidupan seharian. mereka berasa cukup beruntung kerana Allah masih sayangkan dan memberikan hidayah untuk memulakan kehidupan yang baru.
kecekalan dan ketabahan mereka menempuh cabaran untuk memeluk agama Islam patut kita contohi.
semoga Allah merahmati mereka dan mempermudahkan urusan mereka pada hari yang mendatang.
dan kita perlu memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah kerana sejak dari kecil kita telah mengetahui tentang ISLAM.
jadi, peganglah sekuat-kuatnya keyakinan kita terhadap deen ALLAH ini.

No comments:

Post a Comment