Monday, June 21, 2010

~Menanti Keajaiban~

Assalamualaikum

"Menanti Keajaiban"

Namun kehidupan ini kadang-kadang umpama medan peperangan.
Musuh boleh muncul bila-bila masa sahaja.
Sekejap tadi kita baru saja menarik nafas lega
tetapi
belum sempat nafas itu dilepaskan semula
suasana gawat muncul tiba-tiba.

Begitu juga dengan kehidupan kita,
ketika ketenangan datang menyapa mesra
tiba-tiba sahaja fitnah dan ujian menerpa.
Ketika kita dengan susah payah
meneguk erti kebahagiaan
kini keresahan dan kegelisahan mengintai dengan
penuh rasa cemburu dan iri hati.

Baru sekejap tadi kita melihat lautan kehidupan
begitu luas bersama cahaya mentari
yang menerangi horizon diri tetapi kini awan hitam
mula menutupi pandangan bersama dentuman kekecewaan.

Keresahan mula mengisi ruang hati kita
apabila ketenangan mula mengundur diri.
Kitapun sedar bahawa dunia ini pentas ujian.
Kita cuba pasrahkan diri namun
kepasrahan itu sendiri tidak semudah
ungkapan madah pujangga.

Disaat ini kita benar-benar menanti keajaiban.
Kita panjatkan munajat keinsafan
disetiap ruang dan kesempatan.
Zikir kita tidak lekang dari mulut sedang hati kita
penuh dengan pengharapan.

Ya, pengHARAPAN itulah yang masih kita miliki
ketika kita di puncak penderitaan dan kekecewaan.
Harapan itulah yang akan menemani sesiapa sahaja
yang terumbang ambing di lautan hidup.

Dan HARAPAN
itu tak pernah mungkir untuk setia bersama kita
ketika apa saja dan sebesar mana
musibah yang datang menimpa.

Mungkin kerana itulah fitrah insan,
bahkan atheis (mulhid) yang tak percayakan tuhanpun
apabila terumbang ambing dipukul
gelombang tanpa disedari akan
mula menggenggam harapan agar dirinya terselamat.

Cuma mungkin kerana kita tersalah
sandarkan harapan kita pada
bukan tempatnya maka
harapan kita berakhir dengan kekecewaan
dan keputusasaan.

Ataupun kita sandarkan pada tempat yang betul
namun bukan dengan sepenuh keyakinan
maka hasilnya masih keraguan dan keputus asaan.
Tetapi jika HARAPAN itu kita sandarkan kepada DIA
yang menjadikan alam dan makhluk sekeliannya,
DIA yang mentadbir alam dan isinya dan
DIA yang Maha tinggi kasih sayang dan keadilannya
maka tentunya kita akan menemui suatu keajaiban yang
pernah ditemui oleh umat terdahulu
yang berdepan dengan musibah dan ujian
yang berkali ganda lebih hebatnya dari apa yang sedang kita hadapi.

Wassalam

No comments:

Post a Comment